Pages

Khamis, 6 Disember 2012

Penanda Wacana

Penanda wacana yang amat berguna dalam penulisan karangan 1. Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap PerengganKita dapat menyaksikan betapa… • Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana… • Lazimnya, dalam keadaan … • Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah … • Pada hemat saya … • Pada pandangan saya … • Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa … • Sebagaimana yang kita ketahui • Sebagaimana yang kita maklumi • Sejak awal lagi • Sejak kebelakangan ini • Selain itu, pada masa ini juga • Seperti yang telah dinyatakan • Umum mengetahui bahawa • Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas 2. Penanda Wacana Untuk Ayat 2 Dan Seterusnya Dalam KaranganBagi sesetengah orang … • Begitu juga dengan … • Begitu juga halnya dengan … • Bertitik tolak daripada itu … • Bukan itu sahaja … • Dalam hal ini … • Dalam konteks ini .. • Dalam zaman yang serba canggih ini … • Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … • Dengan adanya … • Dengan berbuat demikian … • Dengan perkataan lain .. • Disebabkan hal itu • Disebabkan keistimewaan inilah kita .. • Hal ini berlaku disebabkan • Hal ini penting dalam • Hal ini serupa dengan • Hal yang serupa berlaku apabila • Ini disebabkan • Ini membuktikan bahawa • Ini menggambarkan bahawa • Ini secara tidak langsung akan • Ini semua meninggalkan kesan kerana • Ini tentu sekali membuatkan • Jadi kita perlu • Jadi kita hendaklah • Keadaan ini tentunya • Lantaran itu sehingga kini • Kesemua ini menyumbang kepada • Kita mengakui hakikat bahawa • Kita sering menonton di kaca televisyen • Kita sering membaca di dada-dada akhbar • Memandangkan keadaan yang sedemikian • Namun sejak kebelakangan ini • Oleh itu, bolehlah dikatakan • Secara logiknya masa yang • Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita • Keadaan ini seharusnya boleh • Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini • Kendatipun demikian, kita masih • Yang paling nyata ialah • Yang perlu kita pastikan ialah 3. Penanda Wacana Untuk Menyatakan ContohSebagai contohnya • Biar kita lihat • Biar kita ambil contoh • Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah • Sebagai analoginya, • Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah 4. Penanda Wacana Umum Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: 1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping 2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya 3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai 5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan 7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya 8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu 9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan 10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan 11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

RPH KARANGAN

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi Ciri-ciri yang perlu diketahui oleh murid 1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus. 2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu. 3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. 4. Surat kiriman rasmi adalah bertujuan seperti berikut: (a) Surat aduan (b) Surat rayuan (c) Surat memesan barangan (d) Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi (e) Surat permohonan (f) Surat pekeliling 5. Menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca. 6. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini. Format Surat Kiriman Rasmi

Bahan Pengajaran: Video lagu Hijau

Bahan Pengajaran: Video Pencemaran -Kredit untuk Adibah Mukhtar

Selasa, 4 Disember 2012

Cara merangka karangan

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan.  Perbezaan di antara struktur karangan dan rangka karangan ialah struktur karangan menunjukkan susunan kedua-dua isi penting dan butir-butir keterangannya, sedangkan rangka karangan hanya menunjukkan susunan isi-isi penting sahaja.

Membuat rangka karangan amat penting bagi pelajar sebelum menulis karangan . Ia membantu pelajar merancang  isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan.  Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .

Membuat rangka karangan , sebenarnya merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu:

  •  Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan
  • Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka karangan.

Jenis-jenis Karangan

 Jenis-jenis Karangan

Telah diterangkan di atas tadi, karang-mengarang merupakan satu proses penyampaian maklumat atau mesej. Maklumat itu mungkin berupa:

  •   Cerita - mengisahkan sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku atau pun cerita rekaan.
  •  Sebuah gambaran -mengenai sesuatu hal, benda, tempat dan sebagainya ( sama ada dari kenyataan mahupun dari imaginasi).
  • Sebuah penerangan atau perbahasan mengenai sesuatu topik, persoalan, pendapat atau pandangan .
  • Jenis cerita ( narrative )- misalnya Kisah hidup Perdana Menteri Malaysia, Peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakan dan sebagainya.
  •  Jenis gambaran ( description) - misalnya Suasana sunyi di dalam sebuah gua, Pemandangan indah di Taman Negara dan sebagainya.
  • Jenis penerangan ( exposition) - Kaedah pengajaran bahasa kedua, Bagaimana menggunakan makmal bahasa, Sebutan baku perlu diamalkan dan sebagainya.
  •  Jenis perbincangan ( reflective - argumentative ) misalnya Hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak memainkan peranan yang begitu berkesan dalam dunia sekarang. €œYang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi lebih miskindan sebagainya.
  •  Jenis peribahasa dan kata-kata hikmat
  •  Jenis ucapan, syarahan dan ceramah
  •  Bentuk laporan
  •  Surat kiriman

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "