Pages

Khamis, 6 Disember 2012

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi Ciri-ciri yang perlu diketahui oleh murid 1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus. 2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu. 3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. 4. Surat kiriman rasmi adalah bertujuan seperti berikut: (a) Surat aduan (b) Surat rayuan (c) Surat memesan barangan (d) Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi (e) Surat permohonan (f) Surat pekeliling 5. Menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca. 6. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini. Format Surat Kiriman Rasmi

1 ulasan:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "