Membuat rangka karangan amat penting bagi pelajar sebelum menulis karangan . Ia membantu pelajar merancang isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .
Membuat rangka karangan , sebenarnya merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu:
- Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan
- Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka karangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan